Friday, February 22, 2013

Minum Malam

Menu minum malam. Sosej bersos.



Beratur ambil makanan.

Ambil tempat dulu.


Dah kenyang, siapa yg buat salah kena lah rotan dengan warden.

Wednesday, February 20, 2013

Dari Jendela Opis ^^


Bila mata sudah tepu dan pedih kerana lebih beberapa jam mengadap laptop, permandangan ini lah yang dapat merehatkan mata yang keletihan. Keindahan ciptaan Allah yang sangat superb. Tidak terkata dengan apa-apa. MasyaAllah...

Masjid Baru Kampung Kuala Sat



Tak lama lagi sembahyang di masjid baru le kami2 kat Kampung Kuala Sat ni. Khabarnya masjid ni kosnya hampir 2 juta. Kos mahal tu sebab nak ngangkut bahan2 binaan ke sini bukan mudoh weh. Mudik tiga jam naik bot tetiap minggu pun dah terasa susoh (baca: krem pungkoq) ni kan pulak nak ngangkut bahan2 binaan yg sedia maklum gedabak dan banyak. Haha :p



Moh le kite rajin2 ke masjid. Hihi ^^


Monday, February 18, 2013

Jom Ke Sekolah

Setiap pagi gi opis jalan kaki sekali dengan budak2 asrama (baca: pengiring). Huhu ^^



Beratur sambil dengar Abg. Faizul kita berpesan-pesan 



Laluan 1 


Laluan 2

Cuti Sudah Habis. Mudik Pulok.


Mudik ke Sat


Tumpang lalu ye kakak =P

Monday, January 14, 2013

Pengalaman Baru



Sebulan yang lalu, setelah sekian lama menunggu nak kerja Gomen akhirnya telah ditetapkan Allah yang saya akan bekerja di Sekolah Kebangsaan Kuala Sat di Jerantut. Mula-mula terima surat penempatan saya bertanya orang JPN " kat mana sekolah ni?" dia jawab " alaa...dekat jerantut je". Tanggapan pertama boleh la berulang dari rumah ke sekolah sebab Temerloh dengan Jerantut tak jauh mana. Yeay!!! Huhu =p

Hari ini selepas sebulan, hakikatnya saya terpaksa menempuhi jeram-jeram (ada tujuh jeram kata diorg) di Sungai Ulu Tembeling yang perjalanannya menaikit bot tambang mengambil masa tiga jam dari Jeti Kuala Tahan. Krem jugak la bontot ni dok lama atas bot. Hihi =p. Balik jumpa isteri tersayang pon seminggu sekali. Jumaat menghilir Ahad mudik semula. Perlu rancang cuti kami betul utk beraktiviti bersama ^^

Kehidupan kat tempat baru ni OK lah. Kemudahan semua ada cuma internet 3G masih belum sampai ke rumah saya. Baru sampai kat kawasan sekitar sekolah je. Nak online pon time keje je. Kalau ada rezeki F29 bulan dua ni boleh lah ke bandar sikit kalau tak kat sini je lah :)