Monday, January 14, 2013

Pengalaman Baru



Sebulan yang lalu, setelah sekian lama menunggu nak kerja Gomen akhirnya telah ditetapkan Allah yang saya akan bekerja di Sekolah Kebangsaan Kuala Sat di Jerantut. Mula-mula terima surat penempatan saya bertanya orang JPN " kat mana sekolah ni?" dia jawab " alaa...dekat jerantut je". Tanggapan pertama boleh la berulang dari rumah ke sekolah sebab Temerloh dengan Jerantut tak jauh mana. Yeay!!! Huhu =p

Hari ini selepas sebulan, hakikatnya saya terpaksa menempuhi jeram-jeram (ada tujuh jeram kata diorg) di Sungai Ulu Tembeling yang perjalanannya menaikit bot tambang mengambil masa tiga jam dari Jeti Kuala Tahan. Krem jugak la bontot ni dok lama atas bot. Hihi =p. Balik jumpa isteri tersayang pon seminggu sekali. Jumaat menghilir Ahad mudik semula. Perlu rancang cuti kami betul utk beraktiviti bersama ^^

Kehidupan kat tempat baru ni OK lah. Kemudahan semua ada cuma internet 3G masih belum sampai ke rumah saya. Baru sampai kat kawasan sekitar sekolah je. Nak online pon time keje je. Kalau ada rezeki F29 bulan dua ni boleh lah ke bandar sikit kalau tak kat sini je lah :)